Announcement: Our website at www.smartsoleh.net is not available at the moment. We apologize for any inconvenience caused

Saujana Utama







APRIL 2010
Pertandingan Melukis 
Pada bulan April pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Melukis iaitu pada 8 April hari rabu 2010 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1431 Hijrah. Acara ini telah berlangsung semasa kelas ‘Arts n Craft’ selama satu jam. Tema berdasarkan tahap umur seperti 4 dan 5 tahun (Faundation ) dikehendaki melukis tema ‘Keluarga Saya’ manakala 5 dan 6 tahun (level 1) dikehendaki melukis ‘Rumah Saya’ serta 6 tahun (level 2) dikehendaki melukis ‘Pergi Ke Sekolah’. Setiap pemenang akan diumumkan pada hari Ihtifal nanti.

Acara sambutan harijadi untuk bulan April telah diadakan pada 30 April 2010 hari jumaat bersamaan 15 Jamadil Awal 1431 Hijrah pada pukul 11.00am sehingga 11.30am. Acara ini amat dinanti-nantikan anak-anak kerana boleh berhibur sambil meraikan kawan-kawan yang menyambut harijadi pada bulan tersebut.

Antara pelajar yang telah menyambut harijadi pada bulan April mengikut kelas masing-masing ialah:

2)  Courageous Naim (April)                  
i)   Qairil Irfan-8/4/2010                                          
ii)  Nur Adriana-16/4/2010
iii) Nur Adriany-16/4/2010
iv) Khalis Arif-26/4/2010

3)  Progressive Firdaus(April)                                  
i)  Durratul Syahirah -27/4/2010                                
                             
5)  Proactive Salam (April)
i)  Muhammad Danish Luth-29/4/2010
ii) Muhammad Danial Luth-29/4/2010 

4)  Dynamic Adni (April)                                          
i)   Izzul Shamil-2/4/2010                                       
                                                 
Acara bergambar bersama anak-anak sesi pagi. 


Ustazah Liza menyanyikan lagu ‘Selamat Harijadi’ bersama Adriana,Adriany,Syahirah,Izzul dan Khalis.

 Ustazah Fatimah bergambar bersama anak-anak dan hadiah masing-masing.

 Acara memotong kek harijadi bersama Ustazah Liza dan Ustazah Fatimah dalam suasana yang meriah.


Acara bergambar bersama anak-anak sesi petang 

Ustazah Afzah bergambar bersama anak-anak yang menyambut harijadi sesi petang.

 Acara memotong kek harijadi diantara Danial, Irfan dan Danish bersama dengan ustazah Afzah.

 Ustazah Afzah sedang menyampaikan hadiah kepada Danial sambil diperhati oleh Irfan dan Danish dengan penuh kesabaran.

 Anak-anak sangat terhibur dengan hadiah masing-masing.
 


MAC 2010
Pertandingan Kelas Tercantik Dan Terbersih

Acara telah diadakan pada 24 Mac 2010 hari rabu bersamaan dengan 8 Rabiul Akhir 1431 Hijrah. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada anak-anak agar dapat menghargai sesuatu yang terdapat di dalam kelas masing-masing. Ini kerana, salah satu sikap sebagai seorang Khalifah Allah yang senantiasa inginkan dunia bersih dan cantik. Justeru itu, dengan harapan agar anak-anak jadikan sikap sebegini sebagai rutin kehidupan walaupun sudah keluar daripada Tadika Smart Soleh kelak.
Pemenang pertandingan tersebut akan diumumkan pada sambutan hari Ibu, Guru dan Harijadi yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.


Sambutan Harijadi

Acara sambutan harijadi untuk bulan Mac telah diadakan pada 31 Mac 2010 hari rabu bersamaan 15 Rabiul Akhir 1431 Hijrah, pada pukul 11.00am sehingga 11.30am. Acara ini amat menggembirakan anak-anak kerana setelah penat belajar sedikit sebanyak boleh berhibur sambil meraikan kawan-kawan yang menyambut harijadi pada bulan tersebut.
Antara pelajar yang telah menyambut harijadi pada bulan Mac mengikut kelas masing-masing ialah:
1)  Cheerful Ma’wa (Mac)
i)  Maryam Husna-26/3/2010

2)  Courageous Naim (Mac)                           
i)   Muhammad Danish-13/3/2010                                          
ii)  Hariri Nazhan-14/3/2010
                                                                       
3)  Progressive Firdaus(Mac)                                   
i)   Fatimah-4/4/2010                                 
ii)  Nurhazwanee Masyitah                                

5)  Proactive Salam (Mac)
i)   Muhammad Akif-2/3/2010
ii)  Muhammad Imran-21/3/2010 


Acara bergambar bersama anak-anak sesi pagi. 

Ustazah Hamidah sedang membaca doa kesyukuran bersama anak-anak yang menyambut harijadi.


Anak-anak dengan kusyuk membaca doa dengan harapan agar suatu hari nanti akan tercapai cita-cita yang dihajati serta  menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.


 Acara memotong kek sedang berlangsung dengan meriah sekali.



Anak-anak gembira dengan hadiah masing-masing.
 


FEBRUARI 2010
-->
PARENT TALK
Parent Talk di adakan pada hari Ahad, 21 Februari 2010 bersamaan 7 Rabiul Awal 1431 Hijrah yang bertempat di Dewan Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Sungai Buloh bermula pada pukul 10.00am sehingga 12.00pm.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan secara langsung diantara ibubapa dengan guru-guru dan memperkenalkan undang-undang tadika mengikut garis panduan Smart Soleh serta memperjelaskan kaedah pembelajaran yang menggunakan “kaedah PHONICS” dengan lebih terperinci oleh pengasas Smart Soleh.

Manakala anak-anak  ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sujana Utama, Sungai Buloh.

Pihak sekolah telah menjemput A&W untuk melaksanakan beberapa acara bagi meraikan anak-anak di tadika Smart Soleh seperti mewarna,menari dan pertandingan makan Hotdog.

GAMBAR
Suasana ibubapa semasa di Dewan Surau Al-Hidayah.

Anak-anak sedang menunggu kedatangan A&W dengan sabar.

Acara menari bersama dengan Mascot.

Acara mewarna pelajar-pelajar perempuan 6 tahun.

Ustazah Siti bersama pelajar perempuan 4 tahun.

Ustazah Fatimah bersama pelajar lelaki 5 dan 6 tahun.

Pertandingan makan Hotdog.


-->
HAPPY BIRTHDAY

Smart Soleh dengan berbesar hati menjadikan acara sambutan hari jadi anak-anak didik di tadika Saujana Utama sebagai acara bulanan yang wajib mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pengetua.

Ibu bapa yang ingin turut serta untuk meraikan anak-anak di tadika boleh memaklumkan kepada pengetua setiap awal bulan sebelum acara itu dimulakan untuk memudahkan  pihak tadika membuat persiapan yang perlu.  Pada tarikh tersebut pengetua akan mengumpul nama-nama pelajar mengikut bulan kelahiran masing-masing.

Acara sambutan hari jadi untuk bulan Januari julung kalinya telah diadakan pada 11 Februari 2010 pada hari khamis bersamaan 26 Safar 1431 Hijrah pada pukul 11.00am sehingga 11.30am dan pada bulan Februari acara telah diadakan bersama-sama dengan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 25 Februari 2010 pada hari khamis bersamaan 11 Rabiul Awal 1431 Hijrah pada pukul 10.00am sehingga 10.30am.

Selain daripada menyambut hari kelahiran anak-anak dan menggembirakan mereka, secara langsung akan dapat mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak apabila besar kelak agar menjadi khalifah Alllah yang disanjung tinggi oleh agama, masyarakat, rakan-rakan dan ibubapa.

Antara pelajar yang telah menyambut harijadi pada bulan Januari dan Februari mengikut kelas masing-masing ialah:

1)Cheerful Ma’wa (Februari)
i)Illi Saffiah

2)Courageous Naim (Januari)                          
i)Hanis Aqilah                                               
ii)Aina Yasmin
iii)Ahmad Ziyad                                            
iv)Amzar Azhan


3)Progressive Firdaus(Januari)    Progressive Firdaus(Februari)
i) Muhd. Ismail Adham                     i) Khairunnisa
ii)Muhd. Aqeef Rusydan                   ii)Hariz Idlan

4)Dyanamic Adni (Januari)           Dynamic Adni (Februari)
i)Syed Ahmad Haikal                        i)Muhd.Shzril Uzair
ii)Iffah Aliah                                      ii)Muhd. Hilman Ghazi
                                                        iii)Dania Rafeeqa
                                                        iv)Ku Adib Aizad 
                                                        v)Nurin Nabihah
5)Proactive Salam (Januari)
i)Muhd.Amir Haizat
ii)Ahmad Zarif


GAMBAR
Wajah anak-anak yang menyambut hari jadi bulan Februari

Acara memotong kek bersama pelajar-pelajar perempuan

Acara memotong kek bersama pelajar-pelajar lelaki







Perarakan Maulidur Rasul disambut meriah


JANUARI 2010

MINGGU ORENTASI 

Minggu orentasi bermula sehari selepas pendaftaran iaitu pada hari Selasa, 5 Januari 2010 bersamaan 19 Muharram 1431 Hijrah sehingga Jumaat 8 Januari 2010 bersamaan 22 Muharram 1431 Hijrah.

Secara umum, minggu orentasi amat sesuai diadakan dalam dua keadaan tertentu. Pertama,ingin mewujudkan hubungan secara langsung antara guru-guru dengan anak-anak murid serta memberi kesedaran  terhadap sesuatu yang baru atau terhadap sesuatu isu yang baru seperti memberi tunjuk ajar tentang tertib salam, makan dan masuk tandas.
Kedua, ingin memupuk imej mereka pada jangkamasa panjang seperti sikap,cara berpakaian dan pertuturan di sekolah sebagai khalifah Allah. Ini secara langsung memberi impak kepada anak-anak akan tanggungjawab terhadap diri sendiri,kawan-kawan dan harta benda awam.

Antara kebaikan minggu orentasi ialah anak-anak mudah mengingati apa yang boleh dan apa yang dilarang semasa belajar kelak apabila proses tersebut berlaku secara praktikal. Justeru itu, pihak sekolah juga dapat mengumpul maklumbalas dan dapat mengukur keberkesanan kaedah tersebut dan sesuai untuk masa akan datang.

GAMBAR
Ustazah Fatimah bersama kelas Cheerful Ma’wa

Ustazah Lin bersama kelas Courageous Naim

Ustazah Liza bersama kelas Progressive Firdaus.