Announcement: Our website at www.smartsoleh.net is not available at the moment. We apologize for any inconvenience caused

June

Selamat pulang ke sekolah semula kepada semua anak-anak di Tadika Smart Soleh. Alhamdulillah, PTM (Parent-Teacher-Meeting) telah berjalan lancar di semua rangkaian SSiP. Pandangan dan perbincangan bersama sangat bermakna dan memberi suntikan semangat buat guru-guru untuk meneruskan perjuangan dakwah untuk anak-anak tercinta.

Bulan Jun hanya menjengah selama dua minggu sahaja berikutan cuti pertengahan semester. Pada bulan ini, anak-anak akan dikenalkan dengan tema ‘Pakaian’. Anak-anak akan mempelajari mengenai penjagaan pakaian, kebersihan dan jenis-jenis pakaian muslim.

Kali ini juga anak-anak akan mula diterangkan tentang aurat muslim dan muslimah. Anak-anak diterangkan bahawa sebagai Muslim, kita hendaklah berbeza dari bukan Muslim. Muslim dikenal dari segi pakaian dan tingkah laku. Di samping itu, kebersihan pakaian juga dititikberatkan.


Insha Allah, ibu bapa di rumah boleh menggalakkan anak-anak menutup aurat di usia muda ini. Akan tetapi, perlulah diingatkan bahawa dakwah untuk anak-anak ini bukanlah secara paksa atau menakut-nakutkan (seperti masuk neraka dsb). Tarbiyah kepada anak-anak biarlah dengan penggalakan positif yang terarah. Lebih berkesan jika menggunakan ayat-ayat seperti “Ibu suka kalau adik pakai tudung, nampak comel”

Semoga anda berjaya dan terus berusaha memberi Tarbiyah kepada si kecil. Wassalam